Mengapa Emas Hiasan lebih mudah untuk simpanan?


Emas hiasan …..saya berminat menyimpan emas hiasan berbanding gold bar kerana beberapa sebab.
1.    Ia cantik dan boleh bergaya.
2.   Mudah dicairkan untuk mendapat cash.  Kalau tak sempat letak kat A-Rahnu, atau pajak gadai atau jual kat kedai emas, boleh jugak jual atau letak kat kawan-kawan jika terdesak nak guna cash.
3.   Emas hiasan lebih bersifat shorterm dan mid term untuk mereka yang nak guna cash  segera…tapi kalau untuk long term lagi untung ..sambil simpan boleh la bergaya.(Nie pengalaman saya tengok sendiri lelongan kat bank rakyat, kerongsang lama…gambar queen Elizabeth..berat dalam 124g+, harga lelongan ialah RM26K, sure nie emas lama, bayangkan masa empunya diri beli dulu…mesti harganya jauh beza dari harga sekarang….walaupun kena lelong, dia still untung)
4.   Purity emas hiasan contoh 916, 999, 965, Paun, semua pajak gadai terima. janji emas hiasan tulen
5.   Ini salah satu masalah orang yang pegi Ar-Rahnu…selalunya purity di densimeter kadang2 emas hiasan tak dapat tepat contoh 22k jadi 21k. emas hiasan 999 24k pun jadi 23k bacaan densimeter. sebenarnya ini bacaan densimeter dan kebanyakan pegawai ar rahnu terlalu bergantung pada densimeter, apabila diminta gunakan air, batu dan asid secara manual konfirm tulen sama gred dgn karat nya.
6.   Emas hiasan boleh dibeli secara kecil-kecilan, modal kecik..beli yang kecik…tapi jika nak beli yang besar…simpan duit gaji setiap bulan dalam 10%, insya-ALLAH sure dapat.  Walaupun masa tu harga emas mungkin naik atau mungkin gak turun.  Tapi jangan risau…..jika fikir untuk long term …ia akan meningkat walaupun makan masa sikit.
7.   Lagi satu… samada emas hiasan atau emas untuk pelaburan(gold bar)…jika kita ada 1kg sekarang dengan harga sekian-sekian, 10 tahun akan datang pun emas kita tetap gak sama 1kg(nie jika tak beli lagi la) …harganya jea yang berbeza…..iaitu …ia bertambah naik…Insya-ALLAH.
8.    Bagi mereka yang minat selain daripada emas hiasan…tiada masalah..sebab fungsi setiap emas adalah berbeza…emas bar(gold bar) sesuai untuk pelaburan, emas hiasan lebih kepada bergaya dan dinar sesuai untuk urusan jual beli…jadi tak rugi jika kita simpan emas walaupun kecik.