Pengiraan Harga Emas berdasarkan harga pasaran di KITCO

Assalamualaikum.

Pengiraan ini berdasarkan harga pasaran emas mentah yang dipaparkan di KITCO
Perlu diingatkan pengiraan ini tidak semestinya tepat, tetapi boleh dijadikan anggaran tentang harga emas sebenar di pasaran Malaysia.

sebagai contoh pada 25 Julai harga purata 1 Ounce emas adalah USD 1613

Oleh kerana di Malaysia kita lebih gemar menggunakan gram, jadi

1 Ounce(Troy) = 31.10 gm

31.10gm = USD 1613
1 gm = USD 51.86

Sekarang kita lihat pula kadar tukaran wang asing USD kepada RM




1 USD = RM 2.98

Jadi 1 gm = RM 154.56, dan inilah yang selalu orang panggil harga Spot Gold.

Persoalannya sekarang, kenapa kita perlu tahu harga Spot Gold nie?

Jawapannya, ia dapat membantu kita menilai sendiri harga emas yang kita ingin beli, adakah ia terlalu tinggi atau hampir dengan harga spotgold tadi.

Harga barang kemas seperti cincin, rantai lebih tinggi dari spot gold kerana kos pengeluarannya, serta kos pertukangan(workmanship).

Berbeza pula dengan gold bar atau syilling emas, yang mana harganya mungkin lebih hampir dengan harga spotgold, kerana kebiasaanya, kos pengelurannya jauh lebih rendah berbanding barang kemas dan tiada kos workmanship.

Sebagai contoh PG Dinar Putra(916/22K) seberat 4.25gm

Harga hari ini RM 713
Kandungan emas tulin ialah 91.6% drpd 4.25gm iaitu sebanyak 3.893gm

3.893gm x RM 154.56 = RM 601.70

Jadi perbezaan harga

RM 713 - RM 601.70 = RM 111.30(Kos pengeluaran+untung)

Tetapi RM 111.30 bukanlah bermakna kesemuanya itu adalah kos pengeluaran, tetapi telah meliputi kos penghantaran dan untung yang diambil oleh pengeluar,pengedar dan penjual.

Dari contoh di atas, diharap dapat membantu saudara saudari memahami mengapa harga dinar berbeza antara satu sama lain dan mungkin juga dapat membuat pilihan sebelum membeli sesuatu produk emas.

Diharap dengan sedikit maklumat ini dapat memberi manfaat kepada saudara saudari. Jika ada kesilapan, sila perbetulkan=).Wasalam